POLI Bloggerz

Followers

Sunday 14 August 2011

Rasa Yang Bercampur - Baur

Pernah tak korang ada rasa bercampur - baur? rasa yang kadang - kadang korang sendiri tak tahu nak huraikan dengan perkataan? ini cerita bukan tentang aku. tapi tentang seseorang. dalam hidup sehari-hari kadang kala ada pelbagai rasa menujah hati kita. tapi keadaan yang sukar untuk kita huraikan pabila pelbagai perasaan mula mendiami hati. bersalah, suka, duka, sedih, sesal, dan pelbagai lagi. dan bila ini berlaku terasa kita berdiri di tengah - tengah persimpangan yang memerlukan kita membuat pilihan. kadang kala tersepit dengan keadaan tersebut. sedar atau tidak keadaan ini membuatkan kita nekad dan pabila menoleh kebelakang semula kita rasa sesal. namun pilihan yang sudah kita buat tidak mampu diubah semula. kita hanya mampu memberikan yang terbaik dan merubah segala yang mungkin dan boleh diubah agar terasa puas dan tenang. seorang sahabat aku dalam dilema persimpangan perasaan dan tangungjawab membuat keputusan yang merubah hidup dia selama- lamanya. tika ini berlaku sering kali dia mengadu pada aku. minta panduan dan pandangan agar dia mampu membuat keputusan yang cemerlang sekali. namun apa pun racun atau hasutan yang aku lakukan keputusan tetap terletak di tangan dia. dan akhirnya dia memilih tangungjawab kerana itu lebih wajar dari perasaan yang bercampur baur. sesekali ada juga rasa seperti ini singgah di benak aku dan menyapa. aku melayaninya dan meluahkan perasaan aku dalam bentuk yang kadang kala sukar difahami orang. sikap ini aku amalkan sehingga sekarang. aku jarang sekali membuat hubungan dua hala untuk menghadapi dilema dalam diri aku. sering kali aku membuat keputusan setelah aku puas berfikir dan menyeksa diri aku. tak tidur, makan ala kadar dan kadang kala buat perkara yang tak masuk akal. kini, tika ini sesalan mengundang di benak ini. namun seronok dan puas juga menginggah serentak. dan sekarang aku memikirkan apa yang bakal aku lakukan dan aku merancang apa yang hendak aku lakukan. harap keputusan yang bakal aku cipta nanti memuaskan hati semua pihak. tidak ada yang menunding jari atas keputusan yang aku lakukan.

No comments: