POLI Bloggerz

Followers

Monday 22 August 2011

terkeliru kejap.....


slamat malam...
para blogger yg dok lepak kt sini....
sape bley tolong eh...
perkataan poyo tu ape sebenarnya?
bley x bg twu?

Saturday 20 August 2011

Ahli Baru Join Keluarga?? Siapakah Dia??

Sangat gembira hari ini.... Menerima ahli baru dalam keluarga... Siapakah dia? seorang WANITA? seorang JEJAKA?...
~Jika WANITA apakah dia bakal menantu isi rumah ini?
~Jika JEJAKA apakah dia bakal membawa pergi GADIS dari rumah ini?
Puas dah berfikir?
huhuhuhuhu.... jawapannya ada dibawah... sila la tatap ya..... :)
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
V
#Persoalanya.... Apakah beliau secomel ini?
P/S: Tahniah Along... Meramaikan lg Ummat Rasulullah..

Wednesday 17 August 2011

Mane Satu Nie?



Asalamualaikum... dan selamat siang smua.... entry kali nie menimbulkan persoalan sket.... (hehehe... sbnarnya ade da jawapan pon...)...
Tahun ni cukup bertuah kita kn dapat sambut dua perayaan serentak... hari kemerdekaan negara dengan hari raya aidil fitri... jeng...jeng.. jeng... timbul plak persoalan kan.... mane satu nak sambut nie? sambut merdeka ke sambut raya? hurmmm.... agak2 korang la ape pilihan korang? aku pilih sambut dua2 skali... sbb kedua2nya membawa maksud yang sama... BEBAS... raya membebaskan kita daripada penguasaan nafsu (patutnya sebulan puasa kita da bley kontrol nafsu) dan merdeka plak membebaskan pola fikir dan tindakan drp dijajah... sebenarnya kan.. ade sesuatu la yg tringin nk sampaikan... tp x pea la... laen kali la yea... hikhikhik

<<<>>



LaPaR... @ 2.30??

HuHuHu...
entry kali nie pasal lapar tgh2 malam buta... siapa diantara anda pernah merasa lapar tgh2 mlm yg syahdu? huhuhu... aku salah sorgnya.... kadang2 mengamuk isi rumah aku... kul 3 pagi bunyi minyak... aku masak telur da.... anak sedare aku pn da tdo x tentu arah... hihihihi.... masalahnya... aku dapat tawu... bkn aku sorg jea yg slaloo lapar tgh malam... ade somebody gak la yg lapar tgh malam.... siapa??... hehe.. x leh la bg tawu.. cian die.... ape pn ri nie prot aku da full... karut kn?... saje nk bikin suspen jea... harharhar...

Tuesday 16 August 2011

sembang pasal puasa

aku terfikir tentang sesuatu yang aku sendiri x jangka.... puasa... lapar, dahaga, letih, segala yang berkaitan dengan syarat sah puasa, perkara yang membatalkan puasa dan pelbagai lg.... hurmm.... sibuknya kita berpuasa.... dalam kita melakukan amalan berpuasa... ada cakap2 bahawa.... kita perlu faham mengapa kita berpuasa... betul... kita perlu jelas tentang puasa... jgn puasa ikut-ikutan... fahamilah pengertian puasa... fikirlah.... Allah suka org yang berfikir.... begitu juga dengan solat.. kita perlu faham mengapa kita diwajibkan bersolat... jgn kerana disuruh... kerana takut... kerana pahala.... atau kerana syurga kita tunaikan ia... fikirlah... segala yang dituntut adakah kita tunaikannya kerana patuh atau ikhlas? sedangkan bagiku segala yang dituntut adalah mengajar aku... menyediakan aku.... mendidik aku.... mendisiplinkan aku yang x berapa nk disiplin ni... dan yang paling penting.. tuntutan ini mengajar aku bahawa jangan berkira - kira dengan apa yang aku lakukan... ikhlas... itu perkataan yang paling sesuai.. ikhlas... aku sendiri x tahu bila masa aku ikhlas... kerana sikap manusia alpa lagi hina ini sentiasa melakukan kesilapan tanpa sedar... mengosongkan hati dan merelakan sesuatu dengan ikhlas sgt sukar dilakukan... hanya orang dpt menilai sama ada kita ikhlas atau tidak.... tidak dinafikan... tuntutan yang di letakkan di bahu kita itu punya pelbagai kebaikan yang dapat dibuktikan dengan kajian saintifik... namun disebalik semua itu... pernahkah kita berfikir? apakah kita hanya mahukan manfaat itu sahaja? fikirkanlah ungkapan ini... "hati adalah istana iblis, namun hati juga tempat Allah menilik(melihat)"... renung2kan....

Sunday 14 August 2011

Hilang

Mengertikah anda maksud hilang? Apakah definisinya pada anda? Aku mengerti bahawa wujudnya pelbagai definisi untuk dijelmakan... namun begitu, bagi diriku yang kerdil ini tetap punya pendapat yang tersendiri. Aku mendefinisikan hilang itu sebagai kematian atau penamat kepada sesuatu perkara. Suka aku kaitkan ia lebih kepada kematian kerana punya cabaran akal untuk berfikir tentang sesuatu. Berkongsilah bersama aku agar kita sama – sama memahami erti sebenar ”kehilanagan” ini. Suatu kematian @ kehilangan orang yang paling disayangi adalah lumrah dan hukum alam dimana sesuatu yang hidup pasti akan mati. Namun disebalik kematian @ kehilangan itu sendiri amatlah sukar untuk dimengertikan dengan perkataan. Apakah kematian @ kehilangan itu suatu rahamat? Apakah ia satu ujian? Apakah ia punya hikmah disebaliknya? Tidaklah dapat aku jelaskan. Namun aku tetap mengerti bahawa hidup kita semua sudahpun ditentukan olehNYA sebelum kita dilahirkan lagi, sebelum wujudnya semesta ini. Ia sudahpun dikarang sebaik – baiknya dan tetap tersimpan di a`rasyNYA. Persoalan yang timbul, apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi dugaan yang terhidang dihadapan kita sebelum ”hilang” itu ”menghilangkan” kita dari muka bumi ini? Aku bukan penceramah mahupun ustaz yang punya sijil bertimbun... namun kasih dan sayang aku pada sahabat – sahabat aku tidak berbelah – bahagi membuatkan aku terasa bertanggungjawab untuk menyedarkan korang semua. Bukan korang saja aku nak sedarkan, diri aku pun juga perlu disedarkan dari lena yang panjang. Sejak aku mula mengenali apa itu agama, aku mula berfikir bahawa apalah ertinya hidup ini? Kemanakah hala tujunya hidup aku ini? Mengapa aku hidup? Apakah matlamat aku hidup? Aduhai, bunyi seperti pendeta gereja roman katolik. Jangan salah sangka. Aku masih tetap dengan islam. Namun islam bukanlah agama ikut – ikutan. Islam itu perlu difahami. Orang puasa kita puasa, orang solat kita solat, orang zakat kita pun zakat, sudahnya apa pun tak dapat. Biarlah aku ceritakan serba sedikit tentang pengalaman aku yang hampir terpesong. Pernah aku terfikir jika hidup ini sudah ditentukan mengapa kita perlu hidup? Jika ditentukan neraka buat kita, apakah wajar kita hidup? Begitu juga sebaliknya. Lantas aku berfikir lagi, jika aku keluar islam, pasti ia sudah ditentukan oleh Ilahi. Aku terus berjalan untuk mencari jawapan pasti. Lantaran itu aku membuka kitab suci AL-Quran yang mengandungi terjemahan. Ketika aku membaca terjemahan, aku terpandang firman Allah yang bermaksud lebih kurang begini:”tidaklah Aku mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu mengubah nasibnya sendiri...”, dan firman Allah yang ni:”hidup kamu telahpun ditentukan sejak azali lagi..”. Aku bandingkan kedua – dua ayat tersebut, lalu aku berfikir sejenak,”apakah hidup ini umpama jalan? Apabila melalui jalan yang lurus sudah pasti ada simpang di kiri dan kanan, itu terpulang kepada aku untuk memilih. Jadi sekiranya hidup ini sudah ditentukan, bukanlah bermaksud segala – galanya sudah ditentukan.”. barulah aku mengerti bahawa dalam perjalanan menuju ”kehilangan” aku punya pelbagai pilihan. Subahanallah, bertapa Maha Adilnya Allah. Biarpun hidup ini sudah dikarang namun Dia tetap memberikan kita pilihan untuk memilih jalan yang kita kehendaki. Lantaran itu aku terus dapat memahami bahawa aku hidup bukanlah untuk mencari kejayaan dunia dan akhirat, tetapi mencari keredhaanNYA, syafaatNYA dan kasih sayangNYA. Adalah menjadi tanggungjawab kita mencari siapa kita. Kenali diri kita dan diriNYA. Suka aku ingatkan para sahabat aku bahawa makhluk yang paling hina di muka bumi ini adalah manusia dan makhluk yang paling mulia juga adalah manusia. Korang mesti tertanya – tanya kenapa aku cakap macam tu. Paling tidak korang cakap aku ni gila. Tapi rasionalnya tetap ada. Carilah makhluk yang paling hina dimuka bumi ini. Anjing? Babi? Syaitan? Iblis? Sedangkan sebelum penciptaan adam tidak tinggal seinci pun tanah di bumi ini tidak disujud oleh iblis. Sedangkan anjing dan babi jika mati tidak akan disoal tentang amalanya. Sedangkan syaitan itu memang ditempatkan dineraka. Tetapi manusia ada yang mengaku dirinya tuhan sekalian alam. Setakbur iblis tidak pernah mengaku dirinya tuhan. Manusia? Iblis menghasut, tetapi dia sendiri tidak melakukan perkara yang dihasutnya itu. Dia ketawa melihat kebodohan yang ditonjolkan oleh manusia itu sendiri. Alangkah sedihnya. Wahai sahabat – sahabatku, aku bukan mengajak korang menjadi alim, soleh dan solehah, namun aku nak ajak korang mengembara di dunia ini dengan penuh erti. Biarlah korang nak buat apa pun yang penting korang tahu apa yang korang buat, dan tidak akan terlepas seorang manusia melakukan kesilapan kerana manusia tetaplah dengan sifat alpanya. Namun janganlah sehingga berpaling dari Pencipta kita. Jangan tunduk kepada selain Dia. Korang masih punya iman selagi korang tidak berpaling dariNYA. Sekali korang berpaling maka tiada lagi cahaya iman itu. Biar malap ia tetap iman. Walau korang melakukan segala onar namun aku tahu sahabat – sahabat aku ikhlas melakukan sesuatu perkara. Oleh itu janganlah berkira – kira dengan kebaikan yang kita lakukan. Layarilah hidup ini dengan penuh keceriaan dan tidak mendongak ke langit kerana satu dongakan bakal membawa kita ke lembah kehinaan. Segala yang aku karang ini bukanlah untuk menunjuk, tetapi sekadar berkongsi ilmu yang cetek ni dengan korang. Jadi kalau korang rasa aku ni membosankan terpulang. Aku sendiri masih mencari dan berlayar lagi. Kapal aku masih belum berhenti. Cukuplah setakat ini. Kalau korang salah faham lain pulak jadinya nanti.

pandang hadapan

sifat kita suka sangat menoleh kebelakang. kita suka merenung dan berbual tentang masa lalu. sedangkan kita tahu tiada apa yang mampu kita lakukan untuk mengubah keadaan lalu. tapi pabila berjalan tahu pula kita tidak berjalan mengundur. ini satu kebodohan yang kadang - kala kita termasuk aku lakukan. pernah tak kita berfikir bahawa apa tindakan kita setelah kita membuat keputusan? tidak bukan? bahkan bila berlaku sesuatu kita menoleh. dan timbullah ayat "kalaulah". dan kerana ayat ini la kita selalu bermimpi di siang hari. khayal. dan kerana "kalaulah" kita masih berdiam ditempat yang sama. kita sering kali takut untuk melangkah kehadapan. ayuh la kawan - kawan. marilah kita sama-sama lupakan ayat "kalaulah". kita majukan langkah kita. yang lepas tak perlu kita toleh lagi. yang dihadapan menanti untuk kita capai. MOVE FOWARD!

Bisikan kejahatan diri

puasa... pelbagai pelajaran yang dapt diterapkan dalam diri. aku sendiri masih belajar erti puasa. adakah aku orang yang alim? tidak. adakah aku orang yang sering patuh pada agama? tidak juga. adakah aku ini baik? tidak juga. segala tentang kebaikan tidak pernah ada sedikit pun dalam diri aku. aku sentiasa jahat. jahat aku tidak dapat dilihat dari mata kasar. sukar untuk melihat kejahatan yang pernah aku lakukan. kerana kejahatan yang aku lakukan adalah kejahatan yang paling bahaya sekali. jahat dari dalam hati. jahat yang tidak ada yang perasan bahawa itu adalah perbuatan aku. jahat yang orang tidak sedar bahawa aku adalah punca mengapa sesuatu itu berlaku. namun usia yang menginjak mendewasakan fikiran aku, walaupun kadang - kala tindakan aku nampak kebudak-budakan. puasa la yang mengajar aku. mengawal segala kejahatan aku. kerana puasa la aku mula mengikis sedikit demi sedikit rasa jahat itu. puasa... ada yang menganggap itu adalah tuntutan agama semata. ada juga yang punya fakta. namun semua pasti tetap sepakati bahawa ada sebab disebalik semua itu. Allah tidak akan suruh hambanya melakukan sesuatu itu tanpa sebab. segala yang berlaku punya sebab musabab. pada diri aku yang sedia ada hina ini, puasa adalah ubat segala penyakit. tidak kira apa sahaja penyakit. bila tiba bulan puasa pasti ada sakit yang berkurangan. begitu juga dengan penyakit jahat aku. aku kikis ia sedikit demi sedikit. walaupun kadang kala ia kembali namun usaha aku tidak berhenti. bisikan - bisikan ini sudah semakin berkurangan. aku masih belum berjaya sepenuhnya mungkin kerana usaha aku tidak sehebat mana. aku terfikir bahawa ini pasti akan memakan diri aku kembali. namun bila ia mula menguasai diri aku tidak pernah berfikir sedetik pun. aku hanya menurut tanpa bantahan. dan setelah semua itu berlaku, aku merasa kasihan. namun ia telah berlaku. tidak pernah aku mengambil tindakan untuk memperbetulkan ia. aku hanya membiarkan sahaja ia berlalu dimamah masa. ingatlah bahawa dalam diri kita tersembunyi bisikan - bisikan jahat yang lahir. dan ia akan menjadikan kita seorang yang melakukan kejahatan tanpa orang menyedarinya. bahaya ia adalah ketika sesuatu masalah itu mula meruncing. dan tika itu kita pasti akan menjadi talam dua muka. kita bermuka - muka bagi menutup segala perbuatan. dan kesannya hanya Allah sahaja yang tahu. Di bulan yang mulia ini aku tanamkan sikap agar aku mengikis semua ini. selamat berpuasa.

Rasa Yang Bercampur - Baur

Pernah tak korang ada rasa bercampur - baur? rasa yang kadang - kadang korang sendiri tak tahu nak huraikan dengan perkataan? ini cerita bukan tentang aku. tapi tentang seseorang. dalam hidup sehari-hari kadang kala ada pelbagai rasa menujah hati kita. tapi keadaan yang sukar untuk kita huraikan pabila pelbagai perasaan mula mendiami hati. bersalah, suka, duka, sedih, sesal, dan pelbagai lagi. dan bila ini berlaku terasa kita berdiri di tengah - tengah persimpangan yang memerlukan kita membuat pilihan. kadang kala tersepit dengan keadaan tersebut. sedar atau tidak keadaan ini membuatkan kita nekad dan pabila menoleh kebelakang semula kita rasa sesal. namun pilihan yang sudah kita buat tidak mampu diubah semula. kita hanya mampu memberikan yang terbaik dan merubah segala yang mungkin dan boleh diubah agar terasa puas dan tenang. seorang sahabat aku dalam dilema persimpangan perasaan dan tangungjawab membuat keputusan yang merubah hidup dia selama- lamanya. tika ini berlaku sering kali dia mengadu pada aku. minta panduan dan pandangan agar dia mampu membuat keputusan yang cemerlang sekali. namun apa pun racun atau hasutan yang aku lakukan keputusan tetap terletak di tangan dia. dan akhirnya dia memilih tangungjawab kerana itu lebih wajar dari perasaan yang bercampur baur. sesekali ada juga rasa seperti ini singgah di benak aku dan menyapa. aku melayaninya dan meluahkan perasaan aku dalam bentuk yang kadang kala sukar difahami orang. sikap ini aku amalkan sehingga sekarang. aku jarang sekali membuat hubungan dua hala untuk menghadapi dilema dalam diri aku. sering kali aku membuat keputusan setelah aku puas berfikir dan menyeksa diri aku. tak tidur, makan ala kadar dan kadang kala buat perkara yang tak masuk akal. kini, tika ini sesalan mengundang di benak ini. namun seronok dan puas juga menginggah serentak. dan sekarang aku memikirkan apa yang bakal aku lakukan dan aku merancang apa yang hendak aku lakukan. harap keputusan yang bakal aku cipta nanti memuaskan hati semua pihak. tidak ada yang menunding jari atas keputusan yang aku lakukan.