POLI Bloggerz

Followers

Sunday 14 August 2011

Bisikan kejahatan diri

puasa... pelbagai pelajaran yang dapt diterapkan dalam diri. aku sendiri masih belajar erti puasa. adakah aku orang yang alim? tidak. adakah aku orang yang sering patuh pada agama? tidak juga. adakah aku ini baik? tidak juga. segala tentang kebaikan tidak pernah ada sedikit pun dalam diri aku. aku sentiasa jahat. jahat aku tidak dapat dilihat dari mata kasar. sukar untuk melihat kejahatan yang pernah aku lakukan. kerana kejahatan yang aku lakukan adalah kejahatan yang paling bahaya sekali. jahat dari dalam hati. jahat yang tidak ada yang perasan bahawa itu adalah perbuatan aku. jahat yang orang tidak sedar bahawa aku adalah punca mengapa sesuatu itu berlaku. namun usia yang menginjak mendewasakan fikiran aku, walaupun kadang - kala tindakan aku nampak kebudak-budakan. puasa la yang mengajar aku. mengawal segala kejahatan aku. kerana puasa la aku mula mengikis sedikit demi sedikit rasa jahat itu. puasa... ada yang menganggap itu adalah tuntutan agama semata. ada juga yang punya fakta. namun semua pasti tetap sepakati bahawa ada sebab disebalik semua itu. Allah tidak akan suruh hambanya melakukan sesuatu itu tanpa sebab. segala yang berlaku punya sebab musabab. pada diri aku yang sedia ada hina ini, puasa adalah ubat segala penyakit. tidak kira apa sahaja penyakit. bila tiba bulan puasa pasti ada sakit yang berkurangan. begitu juga dengan penyakit jahat aku. aku kikis ia sedikit demi sedikit. walaupun kadang kala ia kembali namun usaha aku tidak berhenti. bisikan - bisikan ini sudah semakin berkurangan. aku masih belum berjaya sepenuhnya mungkin kerana usaha aku tidak sehebat mana. aku terfikir bahawa ini pasti akan memakan diri aku kembali. namun bila ia mula menguasai diri aku tidak pernah berfikir sedetik pun. aku hanya menurut tanpa bantahan. dan setelah semua itu berlaku, aku merasa kasihan. namun ia telah berlaku. tidak pernah aku mengambil tindakan untuk memperbetulkan ia. aku hanya membiarkan sahaja ia berlalu dimamah masa. ingatlah bahawa dalam diri kita tersembunyi bisikan - bisikan jahat yang lahir. dan ia akan menjadikan kita seorang yang melakukan kejahatan tanpa orang menyedarinya. bahaya ia adalah ketika sesuatu masalah itu mula meruncing. dan tika itu kita pasti akan menjadi talam dua muka. kita bermuka - muka bagi menutup segala perbuatan. dan kesannya hanya Allah sahaja yang tahu. Di bulan yang mulia ini aku tanamkan sikap agar aku mengikis semua ini. selamat berpuasa.

No comments: