POLI Bloggerz

Followers

Tuesday 17 July 2012

Jawi : Mana Menghilang

Jujur aku mengaku, bahawasanya aku tidak pandai membaca tulisan jawi. Bukanlah langsung tidak mengetahui tulisan jawi, namun untuk membaca selancar orang - orang lain tidak aku mampu. Aku tidak pernah pergi ke sekolah yang berdasarkan pendidikan agama, apatah lagi belajar di pondok - pondok agama. Aku hanya pernah pergi ke Sekolah Agama Rakyat (S.A.R) yang mana sehingga darjah 4 sahaja aku bersekolah di situ (hehe.. kes lari sekolah la ni). Kini aku mula ada kesedaran dalam diri. Sebelum tulisan rumi, tulisan jawi adalah tulisan rasmi bagi bangsa sekaligus bahasa melayu suatu ketika dulu. mungkin ramai yang mengetahui hal ini. Namun sejauh mana kita sanggup memperjuang dan mempertahankan apa yang kita ada? Apakah kita hanya bergantung pada kerajaan semata -mata? Aku tahu, Aku sedar diri bahawa aku bukanlah pejuang bahasa yang tegar. Namun sekiranya aku menjadikan jawi sebagai tulisan dan bacaan aku sehari - hari, maka aku telahpun memulakan langkah yang sepatutnya. 




Kini, apabila aku hendak menuntut ilmu agama, kitab - kitab yang disajikan kepada aku adalah bertulisan jawi. Dan aku memerlukan masa hampir 3 jam untuk menghabiskan 1 muka surat. Alangkah sedihnya diri aku ni. sekarang, ingin sekali aku mengajak kalian bersama - sama kita berjuang dan memartabatkan tulisan jawi. semoga tulisan jawi tidak dimamah zaman tidak hilang dari pandangan tidak hilang dari ingatan. Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi berpisah tiada.

Monday 16 July 2012

Nasi kandar yang x penah masuk tv tapi sedap

Assalamualaikum… Salam Sejahtera… Selamat petang….
Kat sini aku nak kongsikan tempat yang slalu aku makan nasi kandar…. Sedap kea tak tu terpulang pada korang. Yang aku tahu lau dating pukul 2 ke atas memang tinggal nasi jea… lauk tak berapa nak mandang dah time tu…. Tatap la yea gambar2 nie… mne la tau kot2 kenal tempat nie….



Nie lau kita masuk daripada depan


Ni kalau korang parking di seberang sungai… jenuh nak berjalan… nak parking yang dekat2 belum tentu ada… paling mudah lau naek moto.. kompem ade parking…


Memang ada banyak kedai nasi kandar… tapi yang aku cakap nie kedai yang signboard kuning tu….


Akhir sekali… nak tunggu apa lagi… makan la….. hahaha….


mai la pakat ramai2 kite makan kat situ...


Nasi Kandar yang Tak pernah masuk TV tapi sedap...


Assalamualaikum… Salam Sejahtera… Selamat petang….
Kat sini aku nak kongsikan tempat yang slalu aku makan nasi kandar…. Sedap kea tak tu terpulang pada korang. Yang aku tahu lau dating pukul 2 ke atas memang tinggal nasi jea… lauk tak berapa nak mandang dah time tu…. Tatap la yea gambar2 nie… mne la tau kot2 kenal tempat nie….

Nie lau kita masuk daripada depan
Ni kalau korang parking di seberang sungai… jenuh nak berjalan… nak parking yang dekat2 belum tentu ada… paling mudah lau naek moto.. kompem ade parking…
Memang ada banyak kedai nasi kandar… tapi yang aku cakap nie kedai yang signboard kuning tu….
Akhir sekali… nak tunggu apa lagi… makan la….. hahaha…. 

Tuesday 19 June 2012

Jom Melawat Perak 2012

Assalamualaikum...

PULAU PANGKOR
Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang masih tidak tahu mengenai Festival Puisi Dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (FPDLRAP)yang kini sudahpun menjadi acara tahunan negeri perak. Serba sedikit pengenalan mengenai Festival ini. Bermula pada 31.12.2010 hingga 1.1.2011 pertama kali festival ini diadakan. Idea untuk mengadakan festival ini dicetuskan oleh En. Malim Ghozali PK dengan kerjasama pihak Institut Darul Ridzuan (IDR), sekaligus menjadikan PULAU PANGKOR sebagai ikon @ Destinasi utama bagi tahun Melawat Perak 2012. Pada tahun ini, Festival ini akan dilangsungkan pada 1 - 3 Disember 2012. Ayuh Sama2 memenuhi PULAU PANGKOR pada hujung tahun ini.

IPOH
Mungkin ada yang dah jemu dengan tempat2 yang terdapat di Ipoh. Saya agak kurang pasti sekiranya anda pernah berkunjung ke sini -----> Gunung Lang. sebuah taman rekreasi bertasik dan anda perlu menaiki bot untuk sampai ke seberang. harga tiket bot:
                                                              Dewasa = RM3.00
                                                              Kanak2 = RM1.50


amat sesuai kepada mereka yang mencintai alam serta ingin menikmati kedamaian dalam hiruk pikuk suasana bandar. sejujurnya berbanding dengan tempat2 yang ada di sekitar ipoh tempat ini amat2 menenangkan jiwa saya.

Selain itu, Taman D.R. Seenivasagam juga menjadi pilihan hati saya(Lebih dikelani sebagai taman D.R). Keadaan fauna yang masih lagi terpelihara serta terdapat taman berkembar FUKUOKA. saya gemar sekali kemari. Terasa seolah - olah berada di Jepun (Walaupun kat sini panas).




TELUK INTAN (TELUK ANSON)

Nama lama (seperti yg diceritakan oleh arwah datuk saya) adalah teluk mak intan. Ketika kedatangan British ke Perak nama ini ditukar kepada Teluk Anson. Nama ini ditukar kepada Teluk Intan setelah British keluar daripada Tanah Melayu oleh Sultan Perak. Teluk Intan sangat berhampiran dengan pasir salak dan lain2 tempat bersejarah di Perak. Juga Sangat Terkenal dengan Menara Condong. Pada waktu malam menara ini dihiasi dengan lampu berwarna - warni.


Terdapat banyak lagi tempat - tempat yang menarik di Perak. Kepada peminat2 sejarah, sastera mahupun aktivis seni, nantikan post yang akan datang.

Tuesday 3 January 2012

Siapa pernah dengar lagu ini?

Lagu anak kecil main api... ade sesiapa pernah dengar x? sangat2 membakar semangat dan jiwa... tapi kalau salah faham akan membawa kepada rasis... lg pn lagu nie da kena band... takut terjadi rusuhan akibat salah faham... tp elok sebenarnya untuk direnungkan... cuba la search kt youtube kot2 ade...





P/s:- x berani la nk letak lagu tu kat sini.. kang x pasal2 kene tahan ngan polis...

Tuesday 15 November 2011

:cinta itu buta atau membutakan:

Sebelum itu, tolonglah bagi pendapat anda selepas membaca kisah ini..

Seorang lelaki yang baru ingin mengenali apa itu cinta telah jatuh hati pada seorang pengkid yang agak confuse tentang identiti dirinya sendiri. Sebenarnya si pengkid itu yang menyukai si lelaki berkenaan tetapi oleh kerana si lelaki itu seperti tidak membalas cintanya si pengkid terus menukar fikiran kembali dan kekal menjadi seorang pengkid. Apa yang si pengkid itu tidak tahu ialah, si lelaki itu tadi memang tidak pernah mengerti atau memahami hati seorang perempuan walaupun sudah terlalu banyak "hint" yang diberi oleh si pengkid. Nak dijadikan cerita setelah si pengkid ini jauh dari hidup si lelaki tadi, barulah si lelaki itu menyedari bahawa dia amat menyayangi si pengkid itu. Setelah menyedari kesilapannya, si lelaki tadi memcuba mendapatkan kembali cinta si pengkid berkenaan. Mereka bersama buat seketika dan akhirnya berpisah tanpa sebab yang nyata. Si lelaki masih mencari apakah salah yang telah dilakukan olehnya hingga membawa keretakan dalam hubungan mereka. Setelah berbulan berlalu, setelah si lelaki kembali ceria dengan kehidupannya walau tidak sepenuhnya, datang berita yang memeranjatkan. Si pengkid menghantar mesej kepada si lelaki. Sememangnya si lelaki tadi masih mengharapkan cinta si pengkid tadi lalu si lelaki tadi tidak menunggu lama. Setelah mendapat peluang untuk berjumpa dengan si pengkid tersebut si lelaki itu pergi berjumpa dan mereka bergaduh besar. Si pengkid memberitahu si lelaki bahawa mesej yang di hantar itu hanya untuk menyiksa si lelaki. Akhirnya si lelaki pergi mencari ketenangan dengan hati yang kecewa.

Ini adalah sinopsis ceritanya.Pada pendapat saudara dan saudari sekalian apakah yang patut dilakukan oleh si lelaki?

Monday 10 October 2011

Terima Kasih...

baru - baru ni ada orang bagi penghargaan kat blog ni. terima kasih saya ucapkan. kalau boleh bagi la lagi ye banyak - banyak pun tak pe... huhu.. ok la... tengok bawah nie

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
V