POLI Bloggerz

Followers

Tuesday 17 July 2012

Jawi : Mana Menghilang

Jujur aku mengaku, bahawasanya aku tidak pandai membaca tulisan jawi. Bukanlah langsung tidak mengetahui tulisan jawi, namun untuk membaca selancar orang - orang lain tidak aku mampu. Aku tidak pernah pergi ke sekolah yang berdasarkan pendidikan agama, apatah lagi belajar di pondok - pondok agama. Aku hanya pernah pergi ke Sekolah Agama Rakyat (S.A.R) yang mana sehingga darjah 4 sahaja aku bersekolah di situ (hehe.. kes lari sekolah la ni). Kini aku mula ada kesedaran dalam diri. Sebelum tulisan rumi, tulisan jawi adalah tulisan rasmi bagi bangsa sekaligus bahasa melayu suatu ketika dulu. mungkin ramai yang mengetahui hal ini. Namun sejauh mana kita sanggup memperjuang dan mempertahankan apa yang kita ada? Apakah kita hanya bergantung pada kerajaan semata -mata? Aku tahu, Aku sedar diri bahawa aku bukanlah pejuang bahasa yang tegar. Namun sekiranya aku menjadikan jawi sebagai tulisan dan bacaan aku sehari - hari, maka aku telahpun memulakan langkah yang sepatutnya. 




Kini, apabila aku hendak menuntut ilmu agama, kitab - kitab yang disajikan kepada aku adalah bertulisan jawi. Dan aku memerlukan masa hampir 3 jam untuk menghabiskan 1 muka surat. Alangkah sedihnya diri aku ni. sekarang, ingin sekali aku mengajak kalian bersama - sama kita berjuang dan memartabatkan tulisan jawi. semoga tulisan jawi tidak dimamah zaman tidak hilang dari pandangan tidak hilang dari ingatan. Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi berpisah tiada.

No comments: