POLI Bloggerz

Followers

Saturday 28 May 2011

Loyal = Trust

today's world is very different from those days. which is, i can say that 99% of us already had a lover at the of 12 or 10. agree with me? but that is not the issue. now i wanted to share with the readers about loyal and trust. many people said that this two things is only important when we involved in distances relationship. but for me this two element is very important in any kind of relationship even in friendship. just imaging, how can we be loyal to somebody that we did not even trust? as human being it is normal when being loyal to somebody that we trust. i don't want to talk a lot but i want all the readers to think about this. am i right or wrong? leave me your opinion.

THANKS!!

Friday 27 May 2011

Misteri Lata Kinjang

HUTAN Lipur Lata Kinjang (HLLK) yang dikunjungi ramai saban minggu, sebenarnya menyimpan cerita misteri yang sangat unik dan penuh lagenda yang hanya diketahui oleh segelintir masyarakat setempat sahaja. Menurut sejarahnya, tempat itu dinamakan sebagai Lata Kinjang kerana di kawasan itu terdapat banyak Kijang. Orang lnggeris yang pernah sampai ke tempat itu pada zaman silam kerana memburu Kijang telah tersalah sebut nama Kijang lalu berubah kepada nama “Kinjang” hingga kekal namanya sampai sekarang.

Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Haslam Abdullah ketika ditemui turut mengesahkan Lata Kinjang banyak menyimpan kisah misteri yang sangat unik . “Bila waktu lapang saya bercerita kepada anak cucu untuk mendengar kisah Lata Kinjang,“ kataTok Batin Husin yang menyebut lata tersebut telah diteroka oleh empat keturunan bermula daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.

Setakat ini belum ada usaha-usaha untuk membukukan cerita-cerita misteri dan sejarah Lata Kinjang. Ini bermakna, apabila kalangan orang tua-tua meninggal dunia, sekaligus akan lenyaplah cerita lagenda Lata Kinjang untuk diketahui oleh generasi muda. Tok Batin Husin berkata, di sekitar lata itu terdapat beberapa kesan yang ada kaitannya dengan sejarah kemunculan Lata Kinjang sejak ditemui oleh manusia beratus tahun lalu. Dia sendiri mengetahui sejarah lata itu daripada cerita mulut yang didengar daripada datuknya Allahyarham Mat Yakin dan bapanya Allahyarham Taha. Beliau berharap, ada di kalangan sembilan orang anak dan dua belas orang cucunya akan menjadi penyambung cerita mengenai sejarah Lata Kinjang kepada sesiapa yang ingin mendengar kisahnya.

Encik Haslam pula menyebut, ditingkat tiga lata terdapat bekas kesan tapak kaki Kijang yang melarikan diri atas kawasan lata setelah dikejar oleh Harimau Akar yang telah disumpah oleh kelembai menjadi batu. Kesan tapak kaki Kijang dan batu besar dari lembaga Harimau Akar masih boleh dilihat tersergam ditingkat tiga lata tersebut.

Di kawasan lata itu juga terdapat kesan kubur anak kelembai yang terbaring memanjang dalam lubang kubur yang sudah menjadi batu, bekas tapak kaki kelembai termasuk lesong menumbuk padi yang telah disumpah menjadi batu.

Beliau turut menceritakan kisah misteri seorang wanita cantik yang dipercayai sebagai ”Puteri Bunian” yang pernah menjelma di kawasan lata itu pada masa silam sehingga menarik perhatian seorang hartawan lnggeris yang bercita-cita ingin mengahwini puteri itu .

Menurut ceritanya, hartawan lnggeris itu yang secara kebetulan berkunjung ke Lata Kinjang dalam tahun 1900, telah diberitahu oleh masyarakat Orang Asli di situ mengenai penjelmaan seorang wanita cantik di kawasan lata terutama pada musim bulan mengambang.

Kerana terlalu ingin hendak melihat wajah puteri bunian itu, hartawan lnggeris itu telah membina sebuah banglo ditingkat satu lata dan membina tangga batu dari bawah hingga kepuncak lata itu. Beliau membina banglo itu sebagai tempat penginapannya untuk melihat secara dekat wajah puteri bunian yang dikatakan sering menampakkan dirinya bila menjelang senja.

Tetapi, setelah menunggu berbulan-bulan di situ, hajat hartawan Inggeris itu tidak kesampaian, lalu dia merasa kecewa dan terus pulang ke negara asalnya di Eropah dan telah meninggal dunia beberapa bulan kemudiannnya. Banglo yang dibina dengan kos yang mahal telah musnah dan rosak sedikit demi sedikit dan sekarang hanya tinggal rangkanya sahaja.

Encik Haslam memberitahu, “Puteri Bunian” muncul ditengah-tengah lata untuk mandi bersama pakaian yang dipakainya dan berdiri tegak di atas batu lata dengan rambutnya yang panjang mengurai melepasi punggung. Puteri bunian itu yang disifatkan sebagai penunggu lata hanya menunjukkan dirinya beberapa minit sahaja kerana dia tidak mahu identitinya dikenali oleh manusia biasa. Kini, lagenda Puteri Bunian itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah sahaja kerana dia tidak muncul lagi di kawasan lata tersebut. Mungkin disebabkan lata tersebut telah menjadi tumpuan ramai dan dia enggan menjelmakan dirinya. Di kawasan lata itu juga terdapat serumpun pokok buluh perindu yang hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu sahaja. Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee dikatakan memiliki Buluh Perindu yang diambil daripada Lata Kinjang untuk ubat memerdukan suaranya.

Encik Haslam memberitahu, di kawasan lata itu juga terdapat banyak kambing gurun tetapi sukar diperangkap kerana ianya sangat lincah dan pandai menghilangkan diri. Beliau berkata, semua cerita misteri yang berlaku di kawasan lata itu menjadi cerita lisan yang bersambung dari mulut ke mulut sahaja. Beliau sendiri mengetahui cerita misteri lata daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.

“Saya bersetuju jika ada usaha untuk membukukan sejarah lagenda Lata Kinjang dijalankan oleh mana-mana pihak sama ada menerusi cerpen, novel, puisi atau pembikinan drama filem,’tegasnya. Beliau yakin, misteri lagenda Lata Kinjang akan menarik perhatian khalayak jika dapat dijadikan drama atau filem. Ia terserahlah kepada para karyawan filem dan drama untuk menjawabnya.

Thursday 26 May 2011

Misteri Istana Kellie


Pemanduan selama 30 minit ke selatan Ipoh menghala ke arah Batu Gajah akan membawa anda ke Ladang Getah Kinta Kellas. Di tengah kehijauan rumput yang subur, tersergam sebuah istana impian separuh siap kepunyaan William Kellie Smith, seorang peladang berbangsa Scotland yang kaya-raya.
Pembinaan yang bermula pada tahun 1915 ke atas istana besar yang mempunyai seni bina lain dari yang lain ini berhenti secara mendadak dengan kematian mengejut pemiliknya. Suasana misteri masih menyelubungi rumah besar yang menyeramkan ini. Adalah dipercayai istana ini juga mempunyai bilik-bilik rahsia dan terowong bawah tanah.

Setelah 67 tahun berlalu, khabar-khabar angin tentang peristiwa misteri istana ini telah menguatkan lagi lagenda impian yang tidak kesampaian bagi William Kellie Smith. Lagenda ini jugalah yang telah memberi satu daya tarikan kepada istana ini untuk terus menjadi satu destinasi pengunjung yang bersejarah.
Penemuan ganjil menyerupai seekor beruang di batang pokok batai atau dagang menjadikan Kellie's Castle sebagai kawasan pelancongan yang semakin terkenal dan terus dikunjungi pelancong domestik serta luar negara. Pengarah Eksekutif Kellie's Castle, Tajuddin Yaacob, berkata beliau berharap penemuan itu akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada kawasan pelancongan berkenaan khasnya serta Perak amnya.
Kellie's Castle adalah istana zaman kolonial yang dibina antara 1909 hingga 1926 oleh seorang hartawan dari Scotland, Wiliam Kellie Smith di Kilometer 5.5 Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah, dekat sini.Tajuddin berkata, penemuan pada minggu pertama Aidilifitri lalu mengubah senario Kellie's Castle yang terkenal sebagai kawasan pelancongan penuh misteri di negara ini. Beliau berkata, jika selama ini pengunjung yang datang hanya memberi tumpuan kepada bangunan istana lama terbabit, kini mereka juga tidak melepaskan peluang melihat pokok batai atau dagang yang mirip wajah beruang itu serta meninjau kawasan berhampiran.
Katanya, apa yang menjadikannya lebih unik hanya terdapat satu pokok yang nama saintifiknya Albizia di kawasan pelancongan itu dan ia berasal dari Brazil. "Kami dapat melihat rupa seekor haiwan menyerupai beruang seakan-akan memeluk batang pokok batai atau dagang yang besar itu."Pokok terbabit terletak kira-kira 50 kilometer dari Kellie's Castle dan dikatakan berusia lebih 40 tahun."Pihak pengurusan Kellie's Castle akan membuat satu papan tanda khas mengenai pokok itu supaya ia menjadi tumpuan pengunjung terutama pengunjung Kellie's Castle," katanya.
Tajuddin berkata, Kellie's Castle menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama pada hujung minggu dan musim cuti seperti cuti umum atau persekolahan.Katanya, selain pelancong domestik dari negeri ini dan seluruh negara, ia dikunjungi pelancong luar dari Australia, Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara Eropah lain serta Asia."Boleh dikatakan ramai yang datang dari United Kingdom, mungkin kerana Smith berasal dari Scotland," katanya.Kellie's Castle adalah istana lama yang dibangunkan sebagai lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes.
Bagamanapun, ia gagal disiapkan kerana kematian Smith pada 1926.Kellie's Castle yang diperbuat daripada batu bata merah dan marmar diimport dari India setinggi enam tingkat mempunyai 24 bilik dan sebuah terowong bawah tanah yang menghubungkan istana itu dengan kawasan estet berhampiran.

Wednesday 18 May 2011

Failure = Trying

Failed! Why should we scared of that word? It is only a word. Word that will make us to try our best to do something that we wanted to. But why some of us stop trying when they failed for the 1st time? Wake up dude, failed will make us realize what have we done wrong. Everybody make mistake in their life and that mistake will lead to failure and that failure will makes us realize about our mistakes. For me just keep on trying no matter how many times we failed. THAT HOW ITS WORKS. REMEMBER DUDE!! TRYING is the best WORD!

bila kita kecundang...

kecundang... satu ayat keramat yang membuatkan ramai orang takut untuk mencuba sesuatu yang baru.... membuatkan ramai orang patah hati... membuatkan semangat mereka jatuh... dan pelbagai lagi... tp sedarkah kita siapa dibalek kita seandainya kita kecundang? sering kali aku melihat gelagat dunia ini... bila berjaya keluarga di pinggirkan... tetapi bila kecundang.. pangkuan keluarga jua mereka tagih.... dan agamalah tempat kita mengadu yakni ALLAH S.W.T yang menciptakan alam dan raja segala alam ini... tapi... pernahkah kita berfikir bahawa kecundangnya kita itu punya rahmat yang tersendiri... rahmat yang tersembunyi.... maka... wahai sahabat2 ku dan sidang pembaca sekalian.... ingatan ini untuk diriku jua.... jangan sekali2 kita marah dan saket hati pada kekecundangan kita.... kerana sesungguhnya rancang terbaek sudah diaturkan untuk kita....

Sunday 15 May 2011

Penilaian... Adakah ianya menguji atau melahirkan bakal robot?

hurmm... apakah makna penilaian pada anda? adakah ianya satu ujian rutin atau anda dinilaikan? menguji minda dan tahap kemampuan berfikir atau menghafal? kredibiliti seseorang atau sijil yang tiada warna warninya? negaraku yang terchenta ini telah banyak melahirkan graduan2 "first class" dan berpendidikan tinggi.... namun sejauh mana kehebatan mereka2 ini sehingga ada sesetengahnya memandang budak2 yang berpendidikan x seberapa tinggi ini x berpelajaran... hurm... fenomena yang paling kritikal melanda negara apabila ramai graduan2 yang hebat ini tidak punya pekerjaan.... dimana silapnya? dan apakah penilaian2 ini melahirkan individu yang mampu berfikiran kreatif serta berinovatif? memandangkan tekanan yang diberikan @ seringkali dimomokan kepada aku ketika satu masa dulu adalah " ujian itu penting... untuk masa depan..." sedangkan kini moraliti tidak lagi menjadi isu... apa yang penting bijak dan pandai... nilai2 kemanusian sudah tidak lagi ditekankan.... bahkan ibu bapa lebih mendorong anak2 supaya belajar pandai.... hurm... baik buruk sesuatu itu tetap ada walaupun kita cuba menyempurnakan ia.... maka... kepada yang teringin nak jadi ibu bapa.... bakal ibu bapa.... yang dah jadi ibu bapa..... fikirkanlah.... fikirlah... yang terbaek dan paling baek untuk anak2 anda....