POLI Bloggerz

Followers

Sunday 14 August 2011

Hilang

Mengertikah anda maksud hilang? Apakah definisinya pada anda? Aku mengerti bahawa wujudnya pelbagai definisi untuk dijelmakan... namun begitu, bagi diriku yang kerdil ini tetap punya pendapat yang tersendiri. Aku mendefinisikan hilang itu sebagai kematian atau penamat kepada sesuatu perkara. Suka aku kaitkan ia lebih kepada kematian kerana punya cabaran akal untuk berfikir tentang sesuatu. Berkongsilah bersama aku agar kita sama – sama memahami erti sebenar ”kehilanagan” ini. Suatu kematian @ kehilangan orang yang paling disayangi adalah lumrah dan hukum alam dimana sesuatu yang hidup pasti akan mati. Namun disebalik kematian @ kehilangan itu sendiri amatlah sukar untuk dimengertikan dengan perkataan. Apakah kematian @ kehilangan itu suatu rahamat? Apakah ia satu ujian? Apakah ia punya hikmah disebaliknya? Tidaklah dapat aku jelaskan. Namun aku tetap mengerti bahawa hidup kita semua sudahpun ditentukan olehNYA sebelum kita dilahirkan lagi, sebelum wujudnya semesta ini. Ia sudahpun dikarang sebaik – baiknya dan tetap tersimpan di a`rasyNYA. Persoalan yang timbul, apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi dugaan yang terhidang dihadapan kita sebelum ”hilang” itu ”menghilangkan” kita dari muka bumi ini? Aku bukan penceramah mahupun ustaz yang punya sijil bertimbun... namun kasih dan sayang aku pada sahabat – sahabat aku tidak berbelah – bahagi membuatkan aku terasa bertanggungjawab untuk menyedarkan korang semua. Bukan korang saja aku nak sedarkan, diri aku pun juga perlu disedarkan dari lena yang panjang. Sejak aku mula mengenali apa itu agama, aku mula berfikir bahawa apalah ertinya hidup ini? Kemanakah hala tujunya hidup aku ini? Mengapa aku hidup? Apakah matlamat aku hidup? Aduhai, bunyi seperti pendeta gereja roman katolik. Jangan salah sangka. Aku masih tetap dengan islam. Namun islam bukanlah agama ikut – ikutan. Islam itu perlu difahami. Orang puasa kita puasa, orang solat kita solat, orang zakat kita pun zakat, sudahnya apa pun tak dapat. Biarlah aku ceritakan serba sedikit tentang pengalaman aku yang hampir terpesong. Pernah aku terfikir jika hidup ini sudah ditentukan mengapa kita perlu hidup? Jika ditentukan neraka buat kita, apakah wajar kita hidup? Begitu juga sebaliknya. Lantas aku berfikir lagi, jika aku keluar islam, pasti ia sudah ditentukan oleh Ilahi. Aku terus berjalan untuk mencari jawapan pasti. Lantaran itu aku membuka kitab suci AL-Quran yang mengandungi terjemahan. Ketika aku membaca terjemahan, aku terpandang firman Allah yang bermaksud lebih kurang begini:”tidaklah Aku mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu mengubah nasibnya sendiri...”, dan firman Allah yang ni:”hidup kamu telahpun ditentukan sejak azali lagi..”. Aku bandingkan kedua – dua ayat tersebut, lalu aku berfikir sejenak,”apakah hidup ini umpama jalan? Apabila melalui jalan yang lurus sudah pasti ada simpang di kiri dan kanan, itu terpulang kepada aku untuk memilih. Jadi sekiranya hidup ini sudah ditentukan, bukanlah bermaksud segala – galanya sudah ditentukan.”. barulah aku mengerti bahawa dalam perjalanan menuju ”kehilangan” aku punya pelbagai pilihan. Subahanallah, bertapa Maha Adilnya Allah. Biarpun hidup ini sudah dikarang namun Dia tetap memberikan kita pilihan untuk memilih jalan yang kita kehendaki. Lantaran itu aku terus dapat memahami bahawa aku hidup bukanlah untuk mencari kejayaan dunia dan akhirat, tetapi mencari keredhaanNYA, syafaatNYA dan kasih sayangNYA. Adalah menjadi tanggungjawab kita mencari siapa kita. Kenali diri kita dan diriNYA. Suka aku ingatkan para sahabat aku bahawa makhluk yang paling hina di muka bumi ini adalah manusia dan makhluk yang paling mulia juga adalah manusia. Korang mesti tertanya – tanya kenapa aku cakap macam tu. Paling tidak korang cakap aku ni gila. Tapi rasionalnya tetap ada. Carilah makhluk yang paling hina dimuka bumi ini. Anjing? Babi? Syaitan? Iblis? Sedangkan sebelum penciptaan adam tidak tinggal seinci pun tanah di bumi ini tidak disujud oleh iblis. Sedangkan anjing dan babi jika mati tidak akan disoal tentang amalanya. Sedangkan syaitan itu memang ditempatkan dineraka. Tetapi manusia ada yang mengaku dirinya tuhan sekalian alam. Setakbur iblis tidak pernah mengaku dirinya tuhan. Manusia? Iblis menghasut, tetapi dia sendiri tidak melakukan perkara yang dihasutnya itu. Dia ketawa melihat kebodohan yang ditonjolkan oleh manusia itu sendiri. Alangkah sedihnya. Wahai sahabat – sahabatku, aku bukan mengajak korang menjadi alim, soleh dan solehah, namun aku nak ajak korang mengembara di dunia ini dengan penuh erti. Biarlah korang nak buat apa pun yang penting korang tahu apa yang korang buat, dan tidak akan terlepas seorang manusia melakukan kesilapan kerana manusia tetaplah dengan sifat alpanya. Namun janganlah sehingga berpaling dari Pencipta kita. Jangan tunduk kepada selain Dia. Korang masih punya iman selagi korang tidak berpaling dariNYA. Sekali korang berpaling maka tiada lagi cahaya iman itu. Biar malap ia tetap iman. Walau korang melakukan segala onar namun aku tahu sahabat – sahabat aku ikhlas melakukan sesuatu perkara. Oleh itu janganlah berkira – kira dengan kebaikan yang kita lakukan. Layarilah hidup ini dengan penuh keceriaan dan tidak mendongak ke langit kerana satu dongakan bakal membawa kita ke lembah kehinaan. Segala yang aku karang ini bukanlah untuk menunjuk, tetapi sekadar berkongsi ilmu yang cetek ni dengan korang. Jadi kalau korang rasa aku ni membosankan terpulang. Aku sendiri masih mencari dan berlayar lagi. Kapal aku masih belum berhenti. Cukuplah setakat ini. Kalau korang salah faham lain pulak jadinya nanti.

No comments: