POLI Bloggerz

Followers

Sunday 14 August 2011

pandang hadapan

sifat kita suka sangat menoleh kebelakang. kita suka merenung dan berbual tentang masa lalu. sedangkan kita tahu tiada apa yang mampu kita lakukan untuk mengubah keadaan lalu. tapi pabila berjalan tahu pula kita tidak berjalan mengundur. ini satu kebodohan yang kadang - kala kita termasuk aku lakukan. pernah tak kita berfikir bahawa apa tindakan kita setelah kita membuat keputusan? tidak bukan? bahkan bila berlaku sesuatu kita menoleh. dan timbullah ayat "kalaulah". dan kerana ayat ini la kita selalu bermimpi di siang hari. khayal. dan kerana "kalaulah" kita masih berdiam ditempat yang sama. kita sering kali takut untuk melangkah kehadapan. ayuh la kawan - kawan. marilah kita sama-sama lupakan ayat "kalaulah". kita majukan langkah kita. yang lepas tak perlu kita toleh lagi. yang dihadapan menanti untuk kita capai. MOVE FOWARD!

No comments: