POLI Bloggerz

Followers

Tuesday 19 June 2012

Jom Melawat Perak 2012

Assalamualaikum...

PULAU PANGKOR
Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang masih tidak tahu mengenai Festival Puisi Dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (FPDLRAP)yang kini sudahpun menjadi acara tahunan negeri perak. Serba sedikit pengenalan mengenai Festival ini. Bermula pada 31.12.2010 hingga 1.1.2011 pertama kali festival ini diadakan. Idea untuk mengadakan festival ini dicetuskan oleh En. Malim Ghozali PK dengan kerjasama pihak Institut Darul Ridzuan (IDR), sekaligus menjadikan PULAU PANGKOR sebagai ikon @ Destinasi utama bagi tahun Melawat Perak 2012. Pada tahun ini, Festival ini akan dilangsungkan pada 1 - 3 Disember 2012. Ayuh Sama2 memenuhi PULAU PANGKOR pada hujung tahun ini.

IPOH
Mungkin ada yang dah jemu dengan tempat2 yang terdapat di Ipoh. Saya agak kurang pasti sekiranya anda pernah berkunjung ke sini -----> Gunung Lang. sebuah taman rekreasi bertasik dan anda perlu menaiki bot untuk sampai ke seberang. harga tiket bot:
                                                              Dewasa = RM3.00
                                                              Kanak2 = RM1.50


amat sesuai kepada mereka yang mencintai alam serta ingin menikmati kedamaian dalam hiruk pikuk suasana bandar. sejujurnya berbanding dengan tempat2 yang ada di sekitar ipoh tempat ini amat2 menenangkan jiwa saya.

Selain itu, Taman D.R. Seenivasagam juga menjadi pilihan hati saya(Lebih dikelani sebagai taman D.R). Keadaan fauna yang masih lagi terpelihara serta terdapat taman berkembar FUKUOKA. saya gemar sekali kemari. Terasa seolah - olah berada di Jepun (Walaupun kat sini panas).




TELUK INTAN (TELUK ANSON)

Nama lama (seperti yg diceritakan oleh arwah datuk saya) adalah teluk mak intan. Ketika kedatangan British ke Perak nama ini ditukar kepada Teluk Anson. Nama ini ditukar kepada Teluk Intan setelah British keluar daripada Tanah Melayu oleh Sultan Perak. Teluk Intan sangat berhampiran dengan pasir salak dan lain2 tempat bersejarah di Perak. Juga Sangat Terkenal dengan Menara Condong. Pada waktu malam menara ini dihiasi dengan lampu berwarna - warni.


Terdapat banyak lagi tempat - tempat yang menarik di Perak. Kepada peminat2 sejarah, sastera mahupun aktivis seni, nantikan post yang akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

tk pernah lagi g menara teluk intan tu.. Nanti la bebila nak g sne.a

DamaVK said...

wat konvoi... pastu tangkap gambar ramai2...