POLI Bloggerz

Followers

Tuesday 15 November 2011

:cinta itu buta atau membutakan:

Sebelum itu, tolonglah bagi pendapat anda selepas membaca kisah ini..

Seorang lelaki yang baru ingin mengenali apa itu cinta telah jatuh hati pada seorang pengkid yang agak confuse tentang identiti dirinya sendiri. Sebenarnya si pengkid itu yang menyukai si lelaki berkenaan tetapi oleh kerana si lelaki itu seperti tidak membalas cintanya si pengkid terus menukar fikiran kembali dan kekal menjadi seorang pengkid. Apa yang si pengkid itu tidak tahu ialah, si lelaki itu tadi memang tidak pernah mengerti atau memahami hati seorang perempuan walaupun sudah terlalu banyak "hint" yang diberi oleh si pengkid. Nak dijadikan cerita setelah si pengkid ini jauh dari hidup si lelaki tadi, barulah si lelaki itu menyedari bahawa dia amat menyayangi si pengkid itu. Setelah menyedari kesilapannya, si lelaki tadi memcuba mendapatkan kembali cinta si pengkid berkenaan. Mereka bersama buat seketika dan akhirnya berpisah tanpa sebab yang nyata. Si lelaki masih mencari apakah salah yang telah dilakukan olehnya hingga membawa keretakan dalam hubungan mereka. Setelah berbulan berlalu, setelah si lelaki kembali ceria dengan kehidupannya walau tidak sepenuhnya, datang berita yang memeranjatkan. Si pengkid menghantar mesej kepada si lelaki. Sememangnya si lelaki tadi masih mengharapkan cinta si pengkid tadi lalu si lelaki tadi tidak menunggu lama. Setelah mendapat peluang untuk berjumpa dengan si pengkid tersebut si lelaki itu pergi berjumpa dan mereka bergaduh besar. Si pengkid memberitahu si lelaki bahawa mesej yang di hantar itu hanya untuk menyiksa si lelaki. Akhirnya si lelaki pergi mencari ketenangan dengan hati yang kecewa.

Ini adalah sinopsis ceritanya.Pada pendapat saudara dan saudari sekalian apakah yang patut dilakukan oleh si lelaki?

2 comments:

A.I.N.S.Y.A.H said...

kalau betul lelaki 2 btul2 sygkan pengkid 2 mybe dia bleh ubah pngkid 2 wlaupun akan ambil masa yg lama..mcm mna skalipun pngkid 2 ttp seorg prmpuan..

Unknown said...

cinta 3X
manusia yg sebenarnya yg buta bukan cinta. hehehe

salam ukhuwah fillah boleh undi saya tak dgn memberi komen/like/retweet/klik google + kat entri ni :- http://manmala.blogspot.com/2011/11/iphone-4s-gadget-impian-ku.html